|
SAHSIAH GAYONG
Sahsiah Gayong terbina dalam diri seorang murid atau ahli daripada penghayatan
falsafah Silat Seni Gayong itu sendiri yang meliputi aspek niat (qasad),
perbuatan (lahiriah) dan spiritual (kebatinan). Antara sahsiah
atau sifat peribadi seorang Gayong ialah seperti berikut :
a. Aspek niat :
i. Menuntut ilmu bela diri sebagai satu ibadah dan ikutan sunnah Rasulullah
SAW.
ii. Persiapan untuk membela diri dan berjihad mempertahankan negara
sebagaimana seruan Allah SWT dalam surah al-Anfal.
iii. Menghidupkan seni warisan bangsa dan mengeratkan ukhuwah sesama
ahli.
iv. Menyematkan rasa cinta terhadap kebudayaan sendiri dan hasrat untuk
mengembangkannya dalam masyarakat Melayu dan Islam.
v. Cintakan keharmonian dan tidak sekali-kali mencari musuh atau merusuh
tetapi tetap pendirian jika berhadapan dengan sebarang ancaman.
b. Aspek Perbuatan :
i. Berani menegakkan kebenaran, keadilan dan mencegah kemungkaran.
ii. Mengikut rasmi padi yang semakin tunduk apabila semakin berisi.
iii. Bertindak balas ( jika perlu ) dengan kadar yang wajar dan bersikap
pemaaf terhadap musuh.
iv. Mampu menghayati dan menggunakan segala apa yang dipelajari pada
sebarang tempat, masa dan keadaan.
v. Berterusan meningkatkan kualiti diri sehingga dapat menguasai semua
ilmu Silat Seni Gayong dengan cemerlang.
vi. Melatih dan menghidupkan daya kreativiti yang tinggi dan inovatif
dalam lingkungan sistem pelajaran yang diajar.
vii. Tabah dan tenang dalam menghadapi sebarang ujian, cubaan atau godaan.
c. Aspek spiritual :
i. Beriman kepada Allah SWT dan rukun iman yang lain.
ii. Menegak dan mendirikan rukun Islam yang lima dengan taat.
iii. Bersifat ihsan serta sentiasa beramal dengan amalan zikir, wirid
yang ma'surat dan sunnah Rasulullah SAW.
iv. Berusaha menyuburkan diri dengan sifat mahmudah di samping membersihkan
diri daripada sifat mazmumah.
v. Jujur serta amanah dalam setiap niat, perkataan dan perbuatan
vi. Yakin dengan pertolongan Allah SWT dan percaya tiada kemudaratan
tanpa keizinan-Nya.
vii. Istiqamah dalam perjuangan dan kerja kebajikan yang dilakukan.
|