Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong

Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman

Selamat Datang Ke Lembaga Beradat KebangsaanAmanat-amanat kepada ahli GayongLembaga Beradat KebangsaanMajlis Tertinggi GurulatihPertubuhan Silat Seni Gayong MalaysiaMaklumat majlis-majlis pertabalanNama-nama sandangPengumuman penting dan pekelilingBerita-berita terkiniBuku-buku, risalah dan terbitan-terbitan Lain

Jawapan kepada soalan-soalan yang lazim ditanyaHubungi kami

Sandang peribadi milik Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman Senarai nama sandang dan jawatan protokol Senarai nama sandang dan jawatannya Senarai nama sandang yang menunjukkan tingkatan kebolehan Senarai nama sandang kehormat Sandang peribadi
 

 

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

 

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

  1. Sandang Mahaguru
  2. Sandang Protokol
  3. Sandang Berjawatan
  4. Sandang Kegurulatihan
  5. Sandang Kehormat
  6. Sandang Khas

 

Sandang Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

 

Sandang Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

 

Sandang Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.

 

Sandang Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

 

Sandang Kehormat

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

 

Sandang Khas

Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.

Hakcipta Terpelihara © 2001 Gayong Maju Enterprise
Untuk pertanyaan dan sebarang masalah berkenaan laman web ini sila hubungi

webmaster@gayong.org

Laman Web ini diselenggarai oleh ZiGA Resources (M) Sdn. Bhd.