Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong

Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman

Selamat Datang Ke Lembaga Beradat KebangsaanAmanat-amanat kepada ahli GayongLembaga Beradat KebangsaanMajlis Tertinggi GurulatihPertubuhan Silat Seni Gayong MalaysiaMaklumat majlis-majlis pertabalanNama-nama sandangPengumuman penting dan pekelilingBerita-berita terkiniBuku-buku, risalah dan terbitan-terbitan Lain

Jawapan kepada soalan-soalan yang lazim ditanyaHubungi kami

 
 

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA


Pendaftaran Silat Seni Gayong

Pada awal tahun 1959, Dato' Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Sekolah Gayong Woodlands sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan sijil dan diploma kepada peserta yang lulus kursus yang dianjurkan. Sekolah ini menjalankan aktivitinya di No. 13-A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

Tidak beberapa lama kemudian, Y.A. Bhg. Dato' Onn selaku Waris Beradat dan Penasihat Agung Silat Seni Gayong telah mengusulkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman agar mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan. Ini kerana Dato' Onn melihat pergerakan Silat Seni Gayong atas landasan perniagaan tidak mampu mencapai maksud dan matlamat perjuangan Silat Seni Gayong.

Syor Dato' Onn dipersetujui oleh Dato' Meor Abdul Rahman dan disokong kuat oleh YAM Tengku Laksamana Kedah, Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah. Dalam tahun 1959, permohonan untuk menubuhkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dikemukakan.

Malangnya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana menurut satu sumber, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bimbang jika sekiranya Dato' Onn dan Tunku Kassim menggunakan platfom Pertubuhan silat Seni Gayong Malaya bagi tujuan politik dan menjadi ancaman kepada UMNO.

Seterusnya dalam tahun 1962, Dato' Onn mencadangkan agar permohonan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya dimajukan semula dengan memasukkan beberapa pindaan dalam perlembagaannya. Pindaan itu bertujuan mengasingkan pergerakan Silat Seni Gayong daripada parti siasah dan mengkhususkannya kepada kegiatan sukan dan sosial.
Pada 22 haribulan Oktober 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya diluluskan dengan pindaan memasukkan perkataan Malaysia. Nombor pendaftarannya ialah 361/63 Johor Baharu dan merupakan pertubuhan senibela diri pertama berdaftar di Malaysia.

Dalam tahun 1976, murid Gayong dianggarkan seramai 500,000 orang di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pada dekad ini, Silat Seni Gayong bukan sahaja telah diterima oleh masyarakat kampung, bandar, sekolah dan universiti malah memasuki pasukan polis, tentera dan istana.

Di bawah pendaftaran Akta Pertubuhan 1964, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sehingga tahun 1997 mempunyai cawangan dan bahagian di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Di luar negara juga, Silat Seni Gayong mendapat sambutan di mana ia mempunyai gelanggang antaranya di Australia, Mesir, Iraq, Perancis dan Amerika Syarikat. Keahlian murid Silat Seni Gayong di Malaysia sahaja pada masa ini dipercayai melebihi angka 700,000.

Kini, dengan berkuatkuasanya Akta Sukan 1997, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah dan masih berurusan dengan pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk mendaftarkan semua bahagian negeri dan cawangan yang sedia ada termasuklah permohonan-permohonan baru.

 

Hakcipta Terpelihara © 2001 Gayong Maju Enterprise
Untuk pertanyaan dan sebarang masalah berkenaan laman web ini sila hubungi

webmaster@gayong.org

Laman Web ini diselenggarai oleh ZiGA Resources (M) Sdn. Bhd.