Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong


Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman

Selamat Datang Ke Lembaga Beradat KebangsaanAmanat-amanat kepada ahli GayongLembaga Beradat KebangsaanMajlis Tertinggi GurulatihPertubuhan Silat Seni Gayong MalaysiaMaklumat majlis-majlis pertabalanNama-nama sandangPengumuman penting dan pekelilingBerita-berita terkiniBuku-buku, risalah dan terbitan-terbitan Lain

Jawapan kepada soalan-soalan yang lazim ditanyaHubungi kami

Struktur organisasi Gayong Penerangan lambang Gayong Penerangan bendera Gayong Matlamat Gayong Sahsiah Gayong Pendidikan Gayong
 

 

LAMBANG GAYONG

Bulan dan Bintang Bumi Harimau Pedang Keris Naga Benkong Hitam Chula 7 Bejana air Bejana air

 

Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada sijil Silat Seni Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu. Pengertiannya secara ringkas ialah ;


Bulan dan Bintang -
Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.

Bumi - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembangkan ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

Kalimah Syahadah - Mengisytiharkan aqidah murid Gayong yang berpegang kepada kalimah tauhid, iaitu pengesaan Allah SWT dan menjauhi syirik. Lingkungan kalimah syahadah yang mengelilingi bumi menunjukkan bahawa ajaran Islam akan disebar ke seluruh pelusuk dunia bersama-sama dengan perkembangan Silat Seni Gayong. Kalimah Ya Hayyu, Ya Qayyum selepas kalimah syahadah melambangkan agama dan kekuatan Islam adalah kekal abadi dan akhirnya menakluki dunia keseluruhannya.

Bejana Air - Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negera telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan amal kerana muafakat. Bak kata pepatah Melayu, "Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat". Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.

Harimau - Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

Keris Bersilang - Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato' Hang Tuah dan Dato' Hang Jebat, dua orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

Naga - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat bahkan juga di dalam air. Logo naga ini sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

Pedang Bermata Dua - Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci al-Quran bermaksud 'Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir' di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah dan keagungan Khilafah Islamiah.

Hitam Chula VII - Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewengkan.

 

Hakcipta Terpelihara © 2001 Gayong Maju Enterprise
Untuk pertanyaan dan sebarang masalah berkenaan laman web ini sila hubungi

webmaster@gayong.org

Laman Web ini diselenggarai oleh ZiGA Resources (M) Sdn. Bhd.