|
MATLAMAT
GAYONG
Silat
berasal daripada perkataan Arab. Jika dieja silah (dengan huruf sin
, ia bermaksud hubungan antara manusia. Sebaliknya, jika dieja dengan
huruf sad, ia bermakna senjata. Kedua-dua pengertian di
atas boleh menggambarkan matlamat asas Silat Seni Gayong. Ringkasnya,
Silat Seni Gayong boleh diguna sebagai senjata untuk membela diri atau
alat untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim antara umat manusia
samada melalui disiplin atau semangat yang ditiupkan.
Silat Seni Gayong terhasil daripada ketajaman minda dan kepekaan bangsa
Melayu terhadap alam sekeliling. Ia lahir atas kesedaran perlunya suatu
teknik serta kemahiran untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, masyarakat
dan agama. Ia adalah sejajar dengan seruan Allah SWT dalam surah al-Anfal
supaya umat Islam membuat persediaan menghadapi musuh dengan kadar kekuatan
yang termampu.
Silat Seni Gayong sebagai salah satu daripada seni silat Melayu tertua
telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah, maruah
umat Islam dan bangsa Melayu.
Hakikat ini dinilai melalui coretan sejarah negara kita yang pada suatu
ketika dahulu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Pergerakan para pahlawan
Gayong seperti allahyarham Dato' Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Jenal,
Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah
berjaya membatasi penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya
penduduk tempatan.
Kini Silat Seni Gayong masih berperanan besar dalam masyarakat moden.
Di samping membina tubuh badan yang sihat, Gayong menjadi saluran pendidikan
dan perbentukan disiplin yang berkesan. Aktiviti yang dianjurkan dapat
membantu usaha kerajaan membentas gejala keruntuhan akhlak kaum remaja.
Kesinambungannya dapat memupuk komitmen pewaris bangsa kita menghargai
warisan nenek moyang dan seterusnya menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan.
|