Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong

Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman

Selamat Datang Ke Lembaga Beradat KebangsaanAmanat-amanat kepada ahli GayongLembaga Beradat KebangsaanMajlis Tertinggi GurulatihPertubuhan Silat Seni Gayong MalaysiaMaklumat majlis-majlis pertabalanNama-nama sandangPengumuman penting dan pekelilingBerita-berita terkiniBuku-buku, risalah dan terbitan-terbitan Lain

Jawapan kepada soalan-soalan yang lazim ditanyaHubungi kami

Senarai ahli jawatankuasa MTG Sejarah dan konsep pelajaran Gayong Syarat untuk mencapai satu-satu tingkatan guru Gelaran mengikut tingkatan guru Tingkatan bengkong Sukatan pelajaran Gayong
 

 

PELAJARAN SILAT SENI GAYONG


Sukatan pelajaran Silat Seni Gayong diajarkan secara sistematik mengikut tingkatan bengkong tertentu sebagaimana ditetapkan Majlis Tertinggi Gurulatih Silat Seni Gayong.

Peringkat pertama pelajaran Silat Seni Gayong dinamakan Tapak. Ia dibahagikan pula 2 bahagian iaitu Pelajaran Tapak Gayong dan pelajaran Seni Tapak Gayong.

Dalam pelajaran Tapak, murid Gayong diajar cara memanfaatkan senjata-senjata asli pada anggota badan untuk membela diri dan membalas serangan musuh. Pelajarannya merangkumi Senaman Anak Harimau, kaedah elakan dan pukulan serta tangkapan bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata. Pelajaran Seni Tapak Gayong pula ialah pecahan Tapak atau kaedah membuka buah kuncian serta teknik membuat serangan balas yang lebih rapi dan berbahaya. Dalam lain perkataan, ia merupakan perincian pelajaran Tapak Gayong yang dikenali juga sebagai Pecahan Tapak Gayong .

Peringkat kedua dinamakan Seni Gayong. Pada tahap ini, murid Gayong mula diajar cara menggunakan senjata tradisional Melayu. Manakala mereka yang terpilih pula akan diajar cara beramal dengan ilmu kebatinan. Ilmu kebatinan ialah ilmu kerohanian. Amalannya berupa bacaan ayat-ayat suci Al-Qur`an dan doa-doa tertentu. Tahap keyakinan dan pengabdian diri kepada Allah SWT secara total amat diperlukan beserta pengetahuan agama yang betul. Ini untuk memastikan segala amalan yang dilakukan tidak terseleweng dan sentiasa menepati kehendak syarak.

Dalam pelajaran Silat Seni Gayong, konsepnya ialah selagi ada gerak selagi itulah ada Gayong. Sukatan mata pelajaran boleh ditamatkan tetapi ilmu Silat Seni Gayong tiada pengakhirannya. Semakin tinggi tahap kebolehan dan pelajaran seseorang murid, maka semakin banyak pelajaran Silat Seni Gayong yang dapat dipecahkan tanpa mengubah keaslian silat itu sendiri. Ilmu Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya mereka yang benar-benar menuntut dan menjiwai Gayong ( ) sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.

Pelajaran Silat Seni Gayong terbahagi kepada 7 pecahan yang menandakan tahap atau tingkatan seorang murid. Pecahan tersebut ialah ;

  1. Tapak Gayong
  2. Seni Tapak Gayong
  3. Seni Keris ( keris dan pisau )
  4. Seni Simbat ( simbat suk, belantan, tongkat, parang dan lembing )
  5. Seni Yoi ( pergerakan lincah dan pantas bagi memperdaya dan mengelirukan musuh yang disertai pukulan atau serangan maut )
  6. Seni Belian ( ilmu kebatinan dan pelajaran berupa tapak harimau berlawan dan mengoyak mangsa )
  7. Seni Cendai ( kain tudung, kain sarung, rantai, tali dan seumpamanya )


Hakcipta Terpelihara © 2001 Gayong Maju Enterprise
Untuk pertanyaan dan sebarang masalah berkenaan laman web ini sila hubungi

webmaster@gayong.org

Laman Web ini diselenggarai oleh ZiGA Resources (M) Sdn. Bhd.